Friday, December 31, 2010

Takoyaki Day..

Hari ni semua orang cuti.. Papa cakap cuti sebab Team Malaysia ada menang bola dalam satu tournament ni.. Suzuki Cup rasanya.. tapi dengar bunyi macam tournament lumba motor je.. entahlah.. takkan Papa nak tipu lak kot..


Since semua orang cuti.. hari ni Mama ada try buat satu Japanese food yg saya yang makan beli kat Jusco.. kat situ nama brand je Tako Tao.. nama makanan tu sebenarnye takoyaki.. takoyaki yang original ni inti dia sotong.. pastu dia adalah bubuh certain ingredient dari Jepun macam fish flakes semua tu.. tapi yang Mama buat ni inti udang.. kat Jusco pun ada yang inti udang..

Nak buat takoyaki ni ada pakai pan dia sendiri.. takoyaki pan.. pan ni Papa pesan dengan salah seorang member baik dia Uncle Arip.. before tu pernah gak Mama ngan Papa cari kat mall2 kat Malaysia ni.. tapi tak pernah jumpa.. nasib baik Uncle Arip ni ada pergi Jepun.. tu yang pesan tu..

Ingredients nak buat takoyaki ni boleh dapat kat Jusco.. since Jusco ni pun dari Jepun.. so adalah Japanese foods section kat situ.. kalau tak silap saya hari Selasa lepas saya ikut diorang pergi Jusco kat Midvalley cari bahan2 buat takoyaki ni.. dan seperti biasa since dah pergi Midvalley of courselah ada imbuhan mainan untuk saya.. tapi tu cerita lain.. hihihi..

Hari ni Mama buat takoyaki dalam 3 batch. 1 batch ada 16 bijik.. macam biasa bagi kebanyakan orang yang first batch tak jadi sangat.. tak bulat2 sangat.. lembik sikit.. tapi rasa tu ada and still boleh makan.. yang jadi second ngan third batch.. dan of courselah yang paling cantik tu third batch.. bak kata orang putih.. practice makes perfect.. hihi..



Bila siap all together semua ada 48 bijik.. 48 bijik tu untuk 3 orang punya makan.. Tok Bah dia tak makan makanan2 Jepun ni.. so Papa Mama ngan saya jelah.. yang bestnye kejap je dah abis..dan kitorang still rasa tak cukup..


Anyway.. thank you Mama sebab buatkan takoyaki untuk kami.. pasni tak payah dah travel jauh2 nak cari takoyaki.. and to everybody.. HAPPY NEW YEAR..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 9, 2010

Sehati Bernyanyi Bersama Bani Hashim..!!!!!

Semalam hari Selasa Mama cakap ada Public Holiday.. ada Awal Muharram.. Mama cakap Awal Muharram ni new year dalam kalender Islam.. as usual kalau hari2 cuti ni selalunye jarang duduk umah.. hihi..


Hari tu mula2 saya, Papa, Mama and Tok Bah pergi melawat kubur arwah Tok Ma kat Alam Damai Cheras.. Tok Ma ni nenek saya belah Papa.. kalau nak tahu dulu Tok Ma yang jaga saya time baby.. tapi umur Tok Ma tak panjang.. dia meninggal tahun 2008.. cian kat Tok Ma tak sempat ikut kitorang pindah Bangi.. al-Fatihah untuk Tok Ma..

Lepas tu pulak kitorang pergi kat satu tempat ni kat Wangsa Maju.. nama dia Wangsa Walk.. mula2 tu kitorang pergi buat cermin mata Mama kat kedai2 depan area Wangsa Walk tu.. lama jugak kitorang kat situ.. boring betul saya.. saya sampai boleh siap naik demam and sampai tertido dalam kedai tu.. Mama bestlah.. rasa2 tahun ni dia dapat macam2 for her birthday.. tu yang Mama senyum memanjang je tu..

Lepas beli barang Mama kitorang pun masuklah Wangsa Walk.. kat Wangsa Walk ni Papa cakap ada gathering family Tok Bah.. The Bani Hashim.. on the way nak pegi gathering tu ternampak kat tengah2 lobby ada promosi jual2 mainan.. yang best sekali mainan Transformers pun ada.. memang betul2 macam bulan jatuh ke riba.. hihi.. since Mama dah dapat barang dia.. saya pun nak jugak claim barang saya.. mana boleh Mama sorang je yang senyum2.. hihi.. so Papa belikan jugak satu Transformers untuk saya.. surprisingly Mama tak bising pulak kali ni beli mainan... mentang2 dah kene rasuah dulu.. hihi..


Balik ke kisah Bani Hashim tadi.. rupanya gathering yang Papa cakap tu was a karaoke session.. time kitorang sampai karaoke tu dah start lama dah.. ramai jugak yang datang.. family Tok Andak.. family Nenek Chah.. family Nenek Sal.. family Tok Lang.. family Tok Bob.. ramai tak ramai tu sampai kene tempah 2 bilik karaoke.. kalau tak silap more than 5 hours session.. lama gak tuh.. hihi.. yang bestnye semua orang sporting.. Atuk2 and Nenek2 pun ada yang siap menari lagi sambil menyanyi.. ada yang nyanyi lagu 60'an.. rock.. dangdut pun ada.. Papa, Mama and Tok Bah pun ada nyanyi sekali.. saya pulak tak nyanyi.. just takat pegang mic je.. tak larat sebab demam.. last2 saya baring kat dalam tu sampai tertido.. frust betul..







Sedar2 dari tido je.. saya dah ada kat restoran mamak.. rupanya habis karaoke semua pakat2 pergi dinner sama2.. diorang sambung meja panjang2.. saya time tu demam belum baik lagi.. siap kena tampal KoolFever kat dahi.. makan pun tak larat.. nasib baik ada roti tisu Aunt Fara.. tak pernah nampak roti canai yang tinggi2 ni.. last2 sebab nak tahu apa rasa.. saya pun cuba lah makan sikit.. sedap jugak sebab ada bubuh gula.. hihi..





Kitorang semua balik dalam pukul 9 lebih.. memang best gathering hari tu.. semua orang nampak macam happy.. kalau tak silap sayalah kan lepas hari tu ramai gak Uncle2 and Auntie2 yang sibuk mengupdate status and comment2 kat facebook.. termasuk jugalah Papa.. hihihihi..

p/s: Thank you jugak untuk Auntie Puteri Fara and Mak Engku Ina for the memorable pics..:)

Friday, December 3, 2010

Congratulation & Celebration..!!


Hi.. last post saya pasal birthday.. this time pun ada cerita pasal birthday gak.. tapi yang ni ada siap anniversary sekali..

Mula2 saya nak ucapkan Happy Anniversary yang ke-5 kat Papa and Mama saya.. diorang kahwin 2 December 2005.. jadi semalamlah anniversarynye.. semoga panjang umur.. dimurahkan rezeki dan segala2 yang baik hendaknya..

As for today pulak.. Happy 30th Birthday to Mama.. sorrylah saya tak boleh call Mama and main piano lagu "Happy Birthday" macam dalam iklan susu formula kat tv tu.. tu dalam iklan tipu je tu.. hihi.. tapi kalau boleh buat camtu best jugak.. takpe2.. next year Mama masukkan saya kelas piano ye..hihi..

Kesimpulannya pada hari ini.. since kita ada double celebration.. apa kata kita celebrate kat kedai Toys R' Us.. tak pun kat kedai2 mainan kat Amcorp Mall.. suruh Papa belikan Mama hadiah Thomas ke.. Cars ke.. Transformers ke.. hihihihihihihi..

ADAM & ARIZ CHAYANG PAPA & MAMA...!!!!!!!!!!!

Thursday, November 25, 2010

Happy Birthday Bradah..!!


Happy birthday Ariz..
Happy birthday Ariz..
Happy birthday to my little brother..
Happy birthday Ariz..

p/s: Prezzie sila claim kat Mama ok..!!!!!!

Tuesday, November 23, 2010

My Weekend with 2 "M"s..

Hi.. hari ni saya nak cerita pasal 2 "M" yang saya buat last weekend..

My first "M" was on Friday night lepas.. Papa and Mama bawak saya pergi tengok MOVIE kat GSC Cheras Leisure Mall.. cerita Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1.. actually kalau nak diikutkan saya nak tengok cerita lain.. cerita Megamind.. tapi since Mama and Papa nak tengok Harry Potter gak.. saya terpaksa ikut jelah..


Harry Potter 7 ni my second movie yang tengok kat cinema.. yang first was Monsters vs Aliens.. saya ingat lagi time tu Mama Iqa pun ada.. cerita Harry Potter ni sama je macam yang sebelum2nya.. warna gelap je.. tak colourful langsung..yang Part 1 sampai 6 saya dah tengok dah kat rumah.. pun gelap jugak..

Cerita Harry Potter ni panjang gak.. Papa lak boleh beli tiket tengok time malam.. saya try jugak tahan mata.. tapi last2 tertido jugak.. sedar2 je saya dah ada dalam kereta.. bila tanya Papa cakap cerita dah habis pun.. frust gak tak dapat tengok sampai habis.. Papa cakap nanti ada sambung Part 2..takpelah tak dapat tengok sampai habis pun.. janji popcorn saya yang habiskan.. hihihihi..


"M" yang second lak was my MUAR trip with Bani Hashim family.. siapa Bani Hashim..?? Bani Hashim tu family Tok Bah saya.. family atuk saya belah Papa.. why Hashim..?? sebab Moyang saya nama dia Hashim.. so ramai2lah atuk2 and nenek2 sedara, uncle2, aunt2 and my second2 cousin yang join trip ni.. trip ni nak tengok cousin Papa saya kahwin..


Apa yang special pasal trip ni.. trip ni kitorang semua naik bas.. Tok Bob adik Tok Bah saya yang organize bus trip ni.. saya memang excited sangat.. yelahkan selalu asyik naik kereta je.. Ariz pun suka.. kat dalam bas best.. saya boleh lari2 semua.. pastu kawan2 pun ramai.. Papa risau je tak senang duduk.. dia cukup takut kalau saya bukak pintu bas yang kat belakang tu.. nakalkah saya..?? hihihi..


Kat dalam bas bukan takat kitorang budak2 je enjoy.. atuk2 nenek2 uncle2 and aunt2 pun join sekali.. diorang siap ada karaoke session lagi.. Papa pun ada siap nyanyi sekali.. even suara tak sedap pun dia belasah jugak.. hihihi..

Lepas orang kahwin hari tu.. kitorang singgah bandar Muar for minum petang.. ramai yang order mee bandung.. Papa cakap kalau kat Muar ni.. famous mee bandung.. saya tak makan sebab pedas.. so tak tahulah nak cakap sedap ke tak.. ada sorang uncle saya tu nama Uncle Boy.. dia pulak order asam pedas.. yang best siap belikan roti lagi untuk kitorang semua..


Tulah sedikit sebanyak yang saya buat last weekend.. letih tapi seronok.. kat sini saya nak ucap thank you to atuk2.. nenek2.. uncle2.. aunt2.. cousin2 semua yang mana melayan saya ngan Ariz hari tu..

Last sekali.. since today is 23 November 2010.. saya nak wish to my cousin.. Nyak Adrian Rifdi.. Happy 1st Birthday.. semoga Mummy and Daddy Adrian kumpul banyak2 duit sponsor kitorang family semua pegi Perth lagi.. Amin..

Wednesday, November 17, 2010

Awas Buaya Melaka..!!!

Last week time tengah seronok2 tengok Toy Story 3.. tiba2 Papa turun and suruh saya tukar baju cantik.. pelik gak..sebab hari tu bukan Sabtu Ahad.. rupanya Mama cuti hari tu.. baru tahu Mama saje cuti sebab lama dah tak ajak saya n Ariz jalan2.. kalau selalu jalan pun kat mall je..

On the way tu Papa tanya saya.. nak tengok crocodile tak.. mestilah saya nak.. saya pun tak ingat bila last time tengok buaya real.. kalau tak silap ada skali Papa bawak pergi Zoo Negara.. tapi time tu saya kecik.. memang tak ingat apalah..

After 45 minutes drive.. kitorang sampai Ayer Keroh.. baru saya tahu kat Melaka ni ada Taman Buaya.. sebenarnya saya selalu pergi Melaka sebab moyang belah Atuk saya orang Melaka.. kat Pengkalan Rama.. tapi ni first time saya pergi Ayer Keroh.. selalu lalu je kat situ.. tak pernah singgah..


Taman Buaya tu saya tak tahulah nak cakap besar ke tak.. sebab saya tak pernah pergi Taman Buaya yang lain.. tapi bagi saya besarlahkan.. so kat situ kitorang pun tengoklah macam2 jenis buaya.. ada yang besar.. ada yang muncung panjang.. ada yang bongkok.. pastu yang takde ekor pun ada.. bukan takat saya.. Ariz pun excited tengok buaya2 ni semua..




Lepas pergi Taman Buaya.. Papa bawak kitorg lunch kat McD.. saya seperti biasa order Happy Meal.. dapatlah mainan dari cerita Megamind.. saya tanya Papa.. Megamind tu cerita apa.. Papa jawab tak tau.. dia kata dia pun tak pernah tahu cerita ni wujud.. cerita baru kot.. hihi..



After lunch.. kitorang singgah kat Taman Mini Malaysia.. kat sini ada banyak rumah2 kayu.. Mama cakap rumah ni datang from seluruh Malaysia.. kitorang masuk tiap2 umah.. total ada 13 semuanya.. penat jugak sebab semua rumah ni kene bukak kasut dulu.. kesian kat Papa and Mama.. tiap kali kuar masuk umah kena tolong saya bukakkan kasut.. saya ada gak terdengar Mama cakap.. "nyesal tak bawak selipar Adam.." hihi..





Lepas tengok Mini Malaysia.. kitorang pun terus balik KL.. pergi 2 tempat je hari tu.. time tu semua orang dah berpeluh2.. Papa cakap Melaka memang panas.. mana Papa saya tahu..?..sebab dulu Papa pun sekolah kat Ayer Keroh jugak.. hihihi..

Thank you to Papa and Mama sebab bawak saya Ariz jalan2.. memang best dapat tengok buaya hari tu.. hihi..

Sunday, November 7, 2010

Cerita Menan Part 3


 "You've got a friend in me..you've got a friend me.." rasa2 ramai yang tahu ni lagu wajib franchise Toy Story.. as usual lagu ni jadi lagu opening and ending Toy Story 3.. tapi yang ending dia nyanyi dalam bahasa lain.. tak pernah dengar sebelum ni.. Papa cakap tulah Bahasa Sepanyol.. orang putih cakap Spanish..

Cerita pasal Toy Story 3 ni.. hari Rabu lepas Papa bawak saya and Mama pergi Alamanda.. saja jalan2.. kat situ Papa ajaklah pegi kedai Speedy.. dia cakap nak tengok cerita apa yang ada.. saya rasa saya tahu sebab apa.. agaknye dia dah fed up kot nak tengok movie Transformers lagi.. saya pasang movie tu hari2.. dalam sehari at least 2 kali.. best cerita tu.. robot boleh jadi macam2..

So sekarang ni agaknya Papa bolehlah duduk tengok TV dengan tenang kot.. tapi tak tahulah.. sebab lepas dapat cerita Toy Story 3 ni lak.. dalam sehari saya pasang 3 kali.. time dia tengah tengok cerita lain.. mesti saya akan buat muka kesian sambil cakap.."Papa nak tengok Toy Story.." dan seperti biasa dia akan cair punye.. hihihihi..

So Papa.. agak2 lepas ni boleh tak Papa belikan cerita baru pulak..??? hihihihihi..